Cara Makan Madu Kelulut Asli Yang Betul

Cara Makan Madu Kelulut Asli

Penting untuk anda makan madu kelulut asli dengan betul dan tepat bagi melancarkan lagi nutrien yang menyerap masuk ke dalam badan. Ramai tidak tahu cara yang betul untuk makan madu kelulut asli jadi berikut ialah bagaimana cara anda makan dengan betul dan tepat.

Perkara pertama yang anda tidak harus lakukan ialah jangan makan madu kelulut asli dengan menggunakan sudu logam sebaiknya gunakanlah sudu plastik.

Makan 2 kali setiap hari iaitu setengah jam sebelum sarapan pagi dan sebelum tidur pada waktu malam.

Cara Pertama :

Tuangkan 1 sudu madu ke dalam separuh gelas air sejuk pada suhu bilik kemudian kacau sehingga larut dan minum.

Cara Kedua :

Sediakan 1 sudu madu kelulut dan terus diminum tanpa dicampur dengan air.