Apa Itu Madu Kelulut Asli?

Madu Kelulut Asli

Lebah kelulut atau juga boleh dikenali sebagai Meliponini merupakan lebah yang tidak mempunyai sengat. Lebah kelulut menghasilkan madu yang sama seperti lebah madu.  

Dikatakan terdapat hampir lebih 500 spesies kelulut terdapat di dunia. menariknya lebah kelulut ini boleh didapati di kawasan tropika dunia seperti di Asia Tenggara Australia Afrika dan kawasan tropika di Amerika.

Madu kelulut juga mempunyai banyak khasiat dan lebih khasiatnya jika dibandingkan dengan madu lebah biasa.  ini kerana madu kelulut menyimpan madu di dalam tempayan kecil yang dilapisi propolis.

Lebah kelulut dengan saiz yang kecil juga boleh pergi ke lapisan yang sukar diterokai oleh lebah biasa yang agak besar.  Jadi inilah sebab utama yang menyebabkan lebah kelulut boleh menyerap nutrient yang lebih daripada lebah madu biasa.

Keunikan lebah kelulut ialah mereka menggunakan bekas yang menyerupai tempayan yang digunakan untuk menempatkan madunya. Selepas madu tempayan tersebut penuh diisi dengan madu ianya akan ditutup oleh lebah kelulut tersebut.

Madu yang tersimpan rapi dalam tempayan inilah yang digelar “Madu Kelulut Asli”