Apa Itu Madu Kelulut Asli?

Madu Kelulut Asli

Lebah kelulut atau juga boleh dikenali sebagai Meliponini merupakan lebah yang tidak mempunyai sengat. Lebah kelulut menghasilkan madu yang sama seperti lebah madu.  

Dikatakan terdapat hampir lebih 500 spesies kelulut terdapat di dunia. menariknya lebah kelulut ini boleh didapati di kawasan tropika dunia seperti di Asia Tenggara Australia Afrika dan kawasan tropika di Amerika.

Madu kelulut juga mempunyai banyak khasiat dan lebih khasiatnya jika dibandingkan dengan madu lebah biasa.  ini kerana madu kelulut menyimpan madu di dalam tempayan kecil yang dilapisi propolis.

Lebah kelulut dengan saiz yang kecil juga boleh pergi ke lapisan yang sukar diterokai oleh lebah biasa yang agak besar.  Jadi inilah sebab utama yang menyebabkan lebah kelulut boleh menyerap nutrient yang lebih daripada lebah madu biasa.

Keunikan lebah kelulut ialah mereka menggunakan bekas yang menyerupai tempayan yang digunakan untuk menempatkan madunya. Selepas madu tempayan tersebut penuh diisi dengan madu ianya akan ditutup oleh lebah kelulut tersebut.

Madu yang tersimpan rapi dalam tempayan inilah yang digelar “Madu Kelulut Asli”

Cara Makan Madu Kelulut Asli Yang Betul

Cara Makan Madu Kelulut Asli

Penting untuk anda makan madu kelulut asli dengan betul dan tepat bagi melancarkan lagi nutrien yang menyerap masuk ke dalam badan. Ramai tidak tahu cara yang betul untuk makan madu kelulut asli jadi berikut ialah bagaimana cara anda makan dengan betul dan tepat.

Perkara pertama yang anda tidak harus lakukan ialah jangan makan madu kelulut asli dengan menggunakan sudu logam sebaiknya gunakanlah sudu plastik.

Makan 2 kali setiap hari iaitu setengah jam sebelum sarapan pagi dan sebelum tidur pada waktu malam.

Cara Pertama :

Tuangkan 1 sudu madu ke dalam separuh gelas air sejuk pada suhu bilik kemudian kacau sehingga larut dan minum.

Cara Kedua :

Sediakan 1 sudu madu kelulut dan terus diminum tanpa dicampur dengan air.

Madu Dalam Al Quran

Terdapat kebaikan madu yang telah ditulis di dalam al-quran dan anda boleh lihat sendiri betapa penting dan berkhasiatnya madu ini sehinggakan ia dimasukkan ke dalam ayat al-quran.

Berikut ialah ayat yang menunjukkan kelebihan madu di dalam al-quran.

“Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: ‘Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia,’ kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu ke luar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.”

(Al-Quran Surat An-Nahl Ayat 68-69)

Sifat Syurga yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertaqwa (ialah seperti berikut): ada padanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang-orang yang meminumnya, dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih. Dan ada pula untuk mereka di sana segala jenis buah-buahan, serta keredaan dari Tuhan mereka. (Adakah orang-orang yang tinggal kekal di dalam Syurga yang sedemikian itu keadaannya) sama seperti orang-orang yang tinggal kekal di dalam neraka dan diberi minum dari air yang menggelegak sehingga menjadikan isi perut mereka hancur? (Sudah tentu tidak sama)!

(Al-Quran Surah Muhammad Ayat 15 )

Khasiat Madu Kelulut Asli Untuk Lelaki

Pelbagai kelebihan madu kelulut asli antaranya ialah mampu menguatkan tenaga batin lelaki bagi mendapatkan prestasi yang maksimum ketika berjuang di ranjang.  

Madu kelulut asli juga boleh memberikan serta meningkatkan kecerdasan bagi lelaki. Madu kelulut asli juga mampu meningkatkan metabolisma badan serta mengubati jangkitan pundi kencing.

Selain itu madu kelulut asli juga bagu untuk menguatkan jantung, melancarkan peredaran darah, mengatasi masalah sukar tidur dan meningkatkan tenaga untuk prestasi sehari-harian.

Khasiat Madu Kelulut Asli Untuk Wanita

Khasiat Madu Kelulut Asli Untuk Wanita

Terdapat pelbagai kelebihan madu kelulut asli untuk para wanita.

Antaranya ialah ia mampu mengatasi masalah jerawat terutama sekali bagi wanita yang mempunyai masalah kulit yang teruk.

Madu kelulut asli juga boleh menjaga kecantikan wanita agar tampil cantik dan berseri sepanjang hari bagi wanita yang baru lepas bersalin madu asli mampu memulihkan kecederaan dalaman wanita serta menguatkan tenaga wanita.  

Madu kelulut asli juga mampu menjadikan kulit lebih berseri-seri serta rambut sihat dan berkilau.

Madu kelulut asli juga boleh melancarkan darah ketika menstruasi (haid) serta meningkatkan kesuburan wanita.

Khasiat Madu Kelulut Asli

Ramai yang tidak tahu madu kelulut asli mempunyai 1001 kebaikan. Berikut antara kebaikan & khasiat madu kelulut asli iaitu :

  • Mampu meningkatkan daya tahan tubuh badan
  • Menghilangkan rasa letih
  • Melancarkan peredaran darah
  • Meningkatkan metabolisme badan
  • Membantu mempercepatkan penyembuhan
  • Merawat batuk, selsema dan sakit kerongkong
  • Mencegah pembentukan batu karang
  • Menurunkan tekanan darah tinggi